05 February 2014

Facebook A Look Back.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.



'





Pagi tadi terjumpa video ala-ala macam throwback kisah kita dekat facebook. Dari awal kita sign in sampai sekarang.  Argh yang tak boleh blah, kenapa post miza yang jiwang juga yang terpang-pang. Ahaks *tutup muka, gelak sorang-sorang*
Kalau kawan-kawan nak juga boleh :99: ni, tapi pastikan korang kena sign in facebook dulu. Seriously dah macam tengok wayang. Mihmihmih. XD
Selamat mencuba kawan-kawan :D

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Bila fikir-fikir balik, Mark Zuckerberg buat video tayangan semula macam ni dekat dunia. Video kita dekat akhirat macam mana la ye agaknya ?

Allahhuakbar. Allah tayangkan semula permainan video kita di dunia. Masa tu, orang sekeliling tak ada pun yang ambil kisah. Masing-masing buat hal sendiri. 

Yang sedang berlarinya dengan jarak matahari sejengkal, yang direndam dengan peluh sendiri.

Astghfirullahalazim. Ya Allah selamatkan lah kami daripada azab kubur dan azab nerakaMu. Sungguh kami tidak layak akan syurga-Mu, tapi kami tidak sanggup menanggung azab neraka-Mu. 

Allahuma ajirna minnar naar, Allahuma ajirna minnar naar, Allahuma ajirna minnar naar.
Aamiin ya Allah. blogger-emoticon.blogspot.com

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

03 February 2014

Dua perkara yang perlu kawal dalam diri.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Ada dua perkara yang perlu kita kawal dalam diri, Iaitu :

1. Marah.
  • Kalau kita ada rasa nak marah, cepat-cepat ambil wuduk, istighfar, tengah diri terus duduk, jika duduk baring. Insyaallah atas izin Allah.
  • Kalau kita marah disebabkan ada orang usik diri kita, jauhkan diri dari orang tu.
atasi rasa marah

2. Takut.
  • Kalau ada rasa takut, cakap pada diri,
"Allah lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Allah Maha Besar, Dia yang wajib aku takutkan. Apa yang ada di bumi ini semuanya hanyalah makhluk Allah seperti aku."
  • Then kalau takut juga sentiasa sebut "ALLAHHUAKBAR !". Ni lah yang miza lakukan apabila rasa takut hadir dalam diri. Insyaallah rasa tu akan hilang. Apabila sebut Allahhuakbar, insyaallah syaitan, jin akan lari lintang-pukang.

Tapi ada takut yang perlu kita wujudkan sentiasa dalam diri. Iaitu 

Takut kepada Allah. Takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan maksiat, takut jika aku lakukan Allah pasti murka akan diriku

Insyallah mudah-mudahan kita semua dapat mengawal dua perkara ni dalam diri, iaitu marah dan takut. Ya Allah, kuatkan hati dan iman kami ya Allah, bantulah kami dan berilah kami kekuatan serta lindunglah kami dalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Mu. Allahhumma Aamiin.


Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.