06 May 2015

Maut akan sampai tepat pada masanya.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Katakanlah, "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu, kemudian kepada Tuhanmu, kamu akan dikembalikan. (Surah As-Sajadah ayat 11)
Hari tu hari Jumaat. Kawan-kawan sekolah miza bagi tahu yang deqwan accident. Keadaan dia masa tu bergantung 100% dengan alat bantuan pernafasan. Kawan bagi tahu yang malam tu juga ayah dia nak cabut alat bantuan pernafasan sebab doktor kata dah tak ada harapan.

Time incident ni miza masih kat kmj. Then petang tu dalam pukul 3 petang miza whatssap kawan miza nak minta buat tahlil untuk dia.

"Assalamualaikum. Nak minta tolong adakan bacaan tahlil malam ni boleh ? Untuk kawan aku yang tengah kritikal, dia accident dan sekarang ni dia bergantung 100% dengan machine. Malam ni machine tu akan dicabut. Nama dia Syazwan bin Md Zan."

"Waalaikumussalam. Cakap jela nak buat solat hajat kan senang."

Miza pun tak sangka boleh terfikir macam ni,

"Kejap, buat apa nak buat solat hajat? Malam ni alat bantuan pernafasan dia akan dicabut. Maksudnya dia tak ada la malam ni."

"Dia hilang pergi mana ?"

Time ni dah panas je dengan dia. Nak tolong ke tak budak nih.

"Dia dah tak ada la. Means dia dah meninggal dunia."

"Kau ke penentunya ?"

"Tak, tapi ayah dia yang bagi tahu macam tu."

"Ayah dia cakap je. Belum tentu dia pergi."

Peghh.. Dah rasa macam nak putus asa je time tu U////n/////U

"Ye. Lupa. Ajal maut ditangan Allah. Segalanya atas izin Allah."

"Pegang yang tu. Tapi kalau dia meninggal awal.. macam petang ni ka.. Kita buat yassin dengan tahlil. Selagi dia tak meninggal kita buat solat hajat dulu.. sambil baca yassin."

Ya Allah sumpah sebak sangat time ni. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan :')

Malam tu lepas solat maghrib suara kawan miza buat pengumuman kat masjid adakan solat hajat untuk deqwan sekali gus untuk final exam. Terharu pun ada sebab dia yang jadi imam and dia yang bacakan doa. Allah.

Lepas solat hajat, solat maghrib. Then bila habis tu nak balik bilik, bukak handphone kejap. Tengok ada whatssap kawan masuk.

'Deqwan dah tak ada. Dia meninggal selepas machine tu dicabut."

Time tu lutut habis gigil. Rasa nak rebah je ke bumi. Tapi miza kuatkan semangat. Malam tu miza whatssap kawan sekelas miza masa sekolah nak tanya betul ke berita tu.

'Jangan percaya. Berita tu palsu. Alhamdulillah ayah dia tak jadi cabut machine tu. Sebab doktor tengok deqwan menunjukkan tanda-tanda positif. Badan dia sejuk bertukar jadi panas.'

Allahhuakbar. Syukur sangat-sangat.

Tapi entah kenapa subuh tu masa lepas solat subuh kat masjid, miza dengar suara acad baca yassin kuat. Tiba-tiba disebalik tirai yang memisahkan antara muslimin dan muslimat, aku dengar makin ramai pula lelaki yang baca yassin.

Hati dah berdebar. Seolah-olah ada kematian time tu. Sangka baik. InsyaAllah tak ada apa-apa.

Dalam pukul 9 pagi masa sarapan wawa whatssap,

"Assalamualaikum, deqwan dah tak ada. Dia meninggal pagi tadi dalam pukul 8."
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami. (Surah Al-Anbiya' ayat 35
* * * * * *
Syazwan bin Md Zan, lebih dikenali sebagai deq wan. Dia hanya kawan satu sekolah menengah. Dia bukan siapa-siapa. Cakap dengan dia pun macam tak pernah.

Tapi rasa kehilangan terasa yang amat. Sama dengan kisah AbrarAbrar bin Abd Zaman @ Bakri. Sebak secara tiba-tiba. 
Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia  Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang Menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun, (Surah Al-Mulk ayat 1-2)
 Thanks bro, sebab ingatkan aku. - Tak bukan dia yang ingatkan bahawa maut tu bukan ditangan manusia, tapi Allah yang Mahakuasa. DIA sebenarnya yang mengingatkan. Bro, kau hanya jadi pengantara. :')

Ramai kawan aku yang dah pergi menghadap Ilahi. Aku pasti akan menyusulimu teman-teman.
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir ?" (Surah Al-An'am ayat 32)

Ya Allah ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Aamiin.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad 

17 March 2015

Kenangan cuti sekolah.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Setiap tahun punya kisahnya tersendiri yang dah tertulis di Luh Mahfuz.

Malam sepi, tanganku giat menulis menyiapkan tutor dan assignment fizik sambil telinga disumbat dengan earphone untuk mendengar radio ikim.fm, dia cerita pasal 'perkongsian kenangan cuti sekolah'.

Ku pandang dinding dengan pandangan kosong. Hatiku jadi sebak tiba-tiba. 
'Kenangan cuti sekolah'

3 kenangan cuti sekolah yang miza langsung tak boleh lupa.. Allah.

Pada tahun 2011.
Time ni aku baru habis PMR kira akhir tahun la dan tahun depannya aku masuk ke tingkatan 4. Tahun ni aku accident naik motor. Aku jatuh sebab tayar motor aku tergelincir. 

Alhamdulillah Allah masih beri aku peluang untuk menenal Diri-Nya dan didik hati ini untuk mencintai-Nya dan rasul-Nya.

Ni kisahnya yang aku pernah tulis : Pristiwa PMR 2011

Pada tahun 2012
Satu tragedi yang telah menimpa kami sekeluarga pada 13 December 2013. Time ni hanya aku, ayah dan ibu yang ada di rumah. Kakak abang masing-masing dekat universiti.

Satu tragedi di mana rumah kami terbakar. Berlaku dalam kira-kira pukul 11.00 pagi.

Boleh baca kisah ini di entri ini : Hari ini genap setahun rumahku terbakar.

Pada tahun 2013
Awal tahun, 1 Januari 2013 lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi telefon rumah berdering. Bila dengar berita ni, hatiku jadi sebak. Aku dapat rasakan ada cecair yang kurasakan panas mengalir di pipiku.

"Assalamualaikum ni rumah mat champ ke?"
"Ye saya. Saya anak dia."
"Dik,ayah adik accident ni. Ni ayah nak cakap."

Lalu diberikan telefon ditangannya kepada ayah. Suara ayah kedengaran sayup-sayup. Tapi suaranya kelihatan tenang di hujung talian.

"Assalamualaikum adik, ayah accident ni. Ayah luka sikit je ni. Jangan risau ea."

Lalu telefon dimatikan. Tak berapa minit kemudian ada jiran setamanku datang ke rumah kami, abang, pakcik. Semuanya berusaha untuk maklumkan kepada kami mengenai ayah.

Mujur masa ni alhamdulillah kakak dan abang tengah cuti sem. Kakak dan abang pergi dulu ke tempat kejadian naik kereta kakak, Myvi.

Aku dan ibu menyiapkan dokumen penting yang perlu dibawa ke hospital. Allahhuakbar. Hanya kepada Allah aku berserah diri dan berharap. Kupujuk hati ini, ibu, abang, kakak agar redha dengan ketentuan Allah.

Bibir tak lekang sedekahkan Al-fatihah dan Yassin buat ayah.

Alhamdulillah Allah selamatkan ayah.

Boleh baca kisah mengenai ayah yang miza pernah share :

* * * * * *

4 tahun berlalu kisah ni berlalu. Tapi apa pun aku bersyukur sangat.
Sebab dalam ujian yang Allah beri, aku belajar untuk mengenal tuhan.

Aku belajar betapa Agungnya cinta Tuhan kepada kita.

Syukur. Alhamdulillah.
Allah uji tanda Allah sayang ^_^

Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah : 155-157,
Bismillahirrahmanirahim. Maksudnya
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar," 
"(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun" (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)" 
"Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad