22 November 2014

Sanah Helwah Miza.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Nama diberi Nur Hamizah binti Mohd Idgihat. Sentiasa di mamah usia setiap kali menjelang 21 November.

Tepat detik 12.00 a.m malam tadi menunjukkan masuknya 21 hari bulan November 2014. Alhamdulillah saya dah dewasa ! ^_^

Hal ini bermakna umur saya gena 18 tahun dan saya dah boleh Derma Darah :D

Syukur. Alhamdulillah. Ya Allah 18 tahun berpijak di muka bumi Allah ni. Sedar tak sedar mati semakin menghampiri. Persiapan masih diperbaiki. Untuk dibawa ke akhirat nanti untuk bertemu dengan Ilahi :')

Miza yang pakai tudung sarung warna biru gelap depan tu. Hee ^^
Isnin malam Selasa 10.11.2014

Kem Da'ie Muda dianjurkan oleh Sahabat Yadim. 
Mereka sentiasa dihati. Ukhuwahtul Jannah Lillahi Ta'alaa 

Alhamdulillah. Syukur. 

Ya Allah tak tahu nak describe macam mana perasaan time ni. Sebak, Takut. Bibir tak henti istighfar jela time ni sambil tu baca Rabbi Yassir Wala Tu'asir. Yela mana taknya pengurus merangkap fesilatator panggil kami suruh kedepan kata kami ada buat masalah disiplin lah, tak pergi LDK lah tak pergi masjid lah, dengan kena marahnya lagi. Lagi-lagi kata yang ramainya perempuan.

 Lepas tu dia cakap kami tak kena denda. Yang kena budak-budak yang tengah duduk.

Denda kena nyanyi 'Allah selamatkan kamu'. Miza masih blurr lagi time tu. Bila dia orang dah start nyanyi perghh tak payah cakap la. Kalau dah sebak plus takut memang sah lah air mata yang bertakung di kelopak mata yang ditahan-tahan pasti akan berguguran juga akhirnya.

Allah. Jazakumullahhu khairan kathira semua. Syukran buat #sahabatYADIM yang sengaja prangg kami ! :')

Ok ni first time rasa disambut oleh orang luar. Selama ni hanya keluarga. Kawan-kawan pun cuma hantar text paling sweet pun nyanyi lagu 'Happy Birthday'. Hahahaa.

Tu pun dah syukur sangat. Cukup buat hati menjadi gembira. Apatah lagi yang mendoakan dalam diam. Lagi-lagi lah sweet sangat-sangat. Allahhuakbar :'D

Sanah Helwah buat semua sahabat-sahabat miza tak kira la lahir hari bulan berapa. Moga kita semua menjadi Daie (pendakwah) dan Mad'u (orang yang menerima seruan) yang diredhai Allah.
 Ukhuwah Fillah Abdan Abada Fin Jannah 
Nasi jagung + ayam masak merah + pencuk + kuah dalca + rendang daging.
Koktail buah susu cair.

Tabarakallah.. Jazakumullahu khairan khatira buat ibu, ayah, kakak, abang. Terima kasih kakak, ibu masakkan lauk sangat special dan sedap macam ni. Perghh ayah, abang, saya bertambah makan XD

Jazakumullahu khairan kathira buat kawan-kawan, sahabat-sahabat yang kenal mahupun tidak yang mendoakan dalam diam. Moga Allah sentiasa memberkatimu dan menjadi kekasih Allah.

Hari ni dah balik KMJ. Esok dah start kuliah. Maaf sepanjang pengajian berkemungkinan jarang update blog. Mohon maaf atas segala salah silap. Moga Allah redha :')
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

21 November 2014

Wordless : Teh tarik dia memang Umpp !

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.





Terliur tengok teh dia. Perghhhh confirm akan rindu dengan teh yang kakak buat memang kaw habis la ! :D
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.