25 June 2016

Bila dah jadi seorang mahasiswa.

Bismillahirrahamanirrahim.
Assalamualaikum dan hai semua.

Hari ni 25 Jun 2016 dan ini adalah entri pertama miza untuk tahun 2016. Last update sem lepas. Wow! Its look like impressive! Lol. blogger-emoticon.blogspot.com heh.


Lama bak hang tak update blog. 5 months ago. Maaf sangat-sangat semua. Janji nak update mengenai jurusan yang miza ambil pun tak ter-update. InsyaAllah miza cuba akan kongsikan nanti. Btw, siapa yang ada tanya soalan dalam entri mengeni kos Geoinformatik ni (link), miza dah reply. blogger-emoticon.blogspot.com Maaf sebab lambat reply. :oops:


Alhamdulillah UTM buat final exam awal dapat la rasa sambut Ramadhan dan Syawal dengan keluarga tercinta. Tak dilupakan juga, kalau tak kerana cuti sem panjang macam ni mungkin takkan ter-update blog ni. Hahaha. 


Alhamdulillah juga sebab saya officially sudah pencen dari title seorang "Junior" yang comel untuk degree in GIS. Kini lekatlah title "Senior". Hai bakal junior *sambil kenyit mata*.

Hm bila dah jadi mahasiswa ni nak tengok FB pun dah malas apatah lagi blog yang kena perah idea. Hanya IG dengan Whatsapp jela yang aku rajin hadap . huhuhu.

Bila dah jadi seorang mahasiswi ni serious busy. Sibuk dengan kelas, kerja lapangan, lab, assignment, lab report, quiz yang kerap, test, presentation (Sem 1 la banyak. Alhamdulillah sem 2 tak ada presentation langsung). :cheeky:


Tu tak campur lagi bila tiap weekend miza akan keluar dengan join program tak pun ada meeting. Rasa sem 2 ni la paling banyak meeting. Kehkehkeh. :ghost:


Tahun 1 ni jela dapat rasa cuti panjang 2 bulan setengah. Tahun 2 dah ada survey camp kira ni persediaan sebelum latihan industri (l.i). Tahun 3 pulak dah l.i. 



Ehh! Penjam celik pejam celik dah masuk Ramadhan ke-21. Tinggal lagi 9 hari nak raya. Moga kita ditemukan dengan malam lailatulqadar. Aamiin. :inlove:

Ok la guys, insyaAllah free miza pergi terjah blog korang. Doa doakan lah ye moga saya ni rajin untuk update blog ni. Sebenarnya, banyak je cerita nak kongsi. InsyaAllah i will. Ahaks. 


Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

25 December 2015

Barakah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum and hai awak yang tengah baca ni. ^_^
Moga awak sentiasa dalam pelukkan kasih sayang dan rahmat Allah.


Kadang kita nampak benda ni kecik dan simple je kan, tapi sebenarnya kesannya besar sangat dalam kehidupan kita. 

Pensyarah miza selalu pesan,

"Awak nanti nak ke dah kerja hasil kejayaan yang awak dapat tu sebenarnya dari hasil awak meniru? Orang pun tak nak respect walau setinggi mana kejayaan kita tapi kita menipu."

Sebab tu ada konsep 'tawakal'. Kita sudah usaha sehabis mungkin, sampai di dalam dewan periksa kita serahkan pada Allah moga Allah berikan kita daya ingatan yang kuat, tajam pemikiran dan diterangi hatinya.

Hari tu masa kelas Dinamika, puan nasihat

"Awak nanti kalau nak doa jangan mintak soalan mudah sebab kadang-kadang diberi soalan mudah pun kita tak boleh jawab. - Tapi doa minta kat Allah soalan yang keluar ni nanti semua soalan yang awak boleh jawab dengan mudah dan lancar dengan jayanya. Alamat doa tu kena betul." =)

Yes, bila time test, quiz, final exam kita memang tak boleh tengok buku langsung. Yela dah nama pun ujian. Memang kena gantung result exam la kalau kena tangkap. Silap hari bulan boleh masuk lokap. 

Tapi perasan tak kita ada satu ujian bila kita mencari jawapan dengan rujuk buku siap bincang dengan kawan tak ada siapa marah atau tegah kita. Malah makin disarankan lagi. 


Ini lah kitab yang apabila ujian diberi kita boleh merujuknya. Malah apabila ujian sedang kita hadapi, kita buka dan kita baca akan ada satu ketenangan meresap dalam jiwa sanubari kita. SubhanAllah. Ajaibnya! Bukan itu sahaja, jawapan ujian kita tu selalunya akan terjawab dalam kitab ni. 

Yang paling menariknya tentang kitab ini apabila kita sedang diuji. Bukalah mana-mana muka surat kat situ nanti akan ada jawapannya. Tak perlu kita cari. Ya Allah hebatnya mukjizat kitab ini.

Yaa kitab ini lah yang dinamakan Al-Quran nur qarim. Satu mukjizat ya Allah turunkan kepada Rasulullah saw sebagai petunjuk rujukan, rahmat buat sekalian alam. 

Dalam al-Quran Allah berfirman dengan jelas dan nyata,

Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. [Surah Yunus, 10:57]
...(Al-Quran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Surah Yusuf, 12:111]
Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Mahaperkasa, Maha Terpuji. [Surah Ibrahim, 14:1]
...Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri(muslim) [Surah An-Nahl, 16:89]
Katakanlah, "Rohulkudus (Jibril) menurunkan Al-Quran itu dari Tuhanmu dengan kebenaran, untuk meneguhkan (hati) orang yang telah beriman, dan mejadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah) [Surah An-Nahl, 16:102]
Dan banyak lagi lah Allah rakamkan dalam Al-Quran. Complete.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w : “Aku tinggalkan kalian untuk dua perkara, kalian tidak akan sesat selama berpegang padanya, iaitu kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (Hadis riwayat Muslim)

Malam tadi masa ceramah maulidurrasul ustaz cakap,

Orang Islam zaman sekarang kat Malaysia ambil al-Quran hanya untuk halau jin. #sentap #deep. Allah.

Padahal Al-Quran mengandungi sumber ilmu terpenting.

Sebelum miza akhiri penaipan entri kali ni nak ajak kawan-kawan yang sama-sama tengah study week ni atau di mana sahaja jangan pernah tinggal al-Quran walau sehari. InsyaAllah apabila kita baca al-Quran tiap hari ilmu itu akan mudah masuk kedalam jiwa kita.

Hal ini kerana Al-Quran merupakan cahaya buat kita.

Allah Yuftah Alaikum buat semua mahasiswa di seluruh Universiti di Malaysia. Moga Allah permudahkan segala urusan kita, diberi ingatan yang kuat, diberi ketajaman akal fikiran, dilapangkan dada, diterangkan hati sebagaimana Allah terangkan hati orang-orang yang beriman, bertakwa dan orang-orang soleh yang Dia kasihi. Aamiin.

Bitaufiq Wannajah Fil Imtihan Final Sem. Moga berjaya dan bahagia dunia akhirat.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .